Wednesday 21 August 2013

ISU semasa di Kualer



 KUALA KANGSAR - Kegiatan vandalisme yang berlaku dalam daerah Kuala Kangsar dikhuatiri bakal menjejaskan imej dan keindahan Bandar Diraja berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed berkata, orang ramai digesa menghargai kemudahan disediakan kerajaan dan tidak menyalahgunakannya.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu harus dihentikan kerana tidak mendatangkan faedah dan merugikan pihak berkaitan.

“Kalau orang ramai ada maklumat mengenai kegiatan berkenaan, mereka boleh berhubung dengan MPKK dan menyalurkannya kepada kami,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Media, semalam.

Kata beliau, orang awam boleh mengadukan masalah di kawasan mereka kepada MPKK kerana pihaknya mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada setiap Selasa.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan isu solat menghadap tandas, beliau menjelaskan tempat untuk bersolat memang disediakan di atas pentas Arena Kuala Kangsar.

Katanya, paip air juga disediakan bagi memudahkan pengunjung dan peniaga di kawasan itu mengambil wuduk.

“Kita akan bina surau baru berdekatan kawasan itu dalam masa terdekat dan memang sudah lama kami rancang untuk bina surau baru di kawasan tersebut,” jelasnya

(kredit to Sinar Harian 21/8/2013)


No comments:

Post a Comment