Tuesday, 3 September 2013
AmanJaya Internship
Antara Pelatih AmanJaya yang bergambar kenangan semasa berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri perak ke 13
Tuesday, 27 August 2013
Kuala Kangsar: Menuju Hub Pelancongan Utama Negara
Kuala Kangsar yang juga dikenali sebagai bandar diraja negeri Perak cukup berpotensi menjadi hub pelancongan utama negara berdasarkan kepada peninggalan sejarah serta keindahan alam semulajadinya.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, berkata pelbagai pakej pelancongan berpotensi diperkenalkan seperti pelancongan pelajaran, sejarah dan ilmu berkaitan Perak Man yang terletak di daerah Lenggong.

“Pakej pelancongan di Kuala Kangsar boleh digabungkan dengan pakej Perak Man agar pelancong dapat berada di sini dalam tempoh antara dua hingga tiga hari, bukannya sekadar dua atau tiga jam sahaja.
“Apabila semakin ramai pelancong berkunjung, maka ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada ekonomi rakyat Kuala Kangsar itu sendiri,” katanya kepada Peraktoday.com, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, pelantikan anak jati Kuala Kangsar, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang baru akan turut memberi impak positif kepada perkembangan industri pelancongan di kawasan berkenaan.
Ini kerana katanya, menteri berkenaan yang juga merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas cukup arif dengan potensi dan produk pelancongan di Kuala Kangsar yang boleh diketengahkan.
“Kita juga berharap agar pihak kementerian dapat menyalurkan peruntukan yang lebih besar untuk membangunkan industri pelancongan di bandar diraja ini,” tegas Wan Mohammad Khairul Anuar lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga katanya, akan berusaha bersama dua lagi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan Bukit Chandan untuk menyegerakan kelulusan projek pembangunan yang tertangguh di Kuala kangsar.
Menekankan dua aspek utama iaitu pembangunan fizikal dan insan, Mohammad Wan Khairil Anuar memaklumkan pihaknya juga ingin mempromosikan bidang kemahiran tinggi kepada golongan belia tempatan.
Jelasnya, bidang kemahiran sering disalah anggap tidak popular tetapi hakikatnya permintaan terhadap keperluan tenaga kerja mahir sangat tinggi.
“Latihan kemahiran ini disediakan kolej komuniti dan sekolah teknikal yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran untuk diterokai seperti pembinaan dan penyediaan kek dan roti,” katanya lagi.
Selain sokongan wakil rakyat, ibu bapa juga katanya, boleh membantu dengan mengubah persepsi tradisional anak yang sering menganggap bidang kemahiran tiada masa depan yang cerah.
Dalam perkembangan berkaitan, pembukaan tanah baru untuk projek perumahan, industri kecil dan pertanian juga sedang giat dirancang meskipun berhadapan masalah tanah yang agak terhad di Kuala Kangsar.
Permintaan terhadap rumah mampu milik di Kuala Kangsar katanya, begitu mendesak sedangkan harga rumah semakin meningkat saban tahun.
“Sekiranya ada kawasan baru yang bersesuaian untuk projek rumah mampu milik ini, maka kita akan diusulkan kepada pihak yang berkenaan,” tegas beliau lagi.
KREDIT TO The Portal Perak Today
Monday, 26 August 2013
SaYoNg
KUALA KANGSAR - Generasi baru di Kuala Kangsar akan berpeluang merasai pengalaman menaiki ‘Bot Sayong’ tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad berkata, nostalgia menaiki Bot Sayong bakal diimbau kembali di daerah itu dan ia dijangka beroperasi dalam beberapa bulan lagi.
Menurut beliau, pihaknya berjaya mendapatkan sumbangan untuk membeli bot tersebut dari Jabatan Perdana Menteri.
“Orang-orang lama yang tinggal di Kuala Kangsar memang tahu dan ingat dengan Bot Sayong ni tetapi generasi baru mungkin tidak pernah lihat lagi bot ini.
“Dengan adanya bot itu nanti, ia memberi peluang kepada orang ramai dan pelancong dari luar daerah untuk merasai pengalaman menaiki bot yang pernah menjadi pengangkutan utama di daerah ini suatu masa dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed memaklumkan urusan pembelian bot ini sudah selesai dan bot tersebut dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun.
Sinar Harian difahamkan Bot Sayong merupakan bot tambang dan menjadi pengangkutan utama penduduk di sekitar Sayong menyeberang Sungai Perak untuk pergi ke pekan Kuala Kangsar

KREDIT TO SINAR HARIAN
Wednesday, 21 August 2013
ISU semasa di Kualer
KUALA KANGSAR - Kegiatan vandalisme yang berlaku dalam daerah Kuala Kangsar dikhuatiri bakal menjejaskan imej dan keindahan Bandar Diraja berkenaan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed berkata, orang ramai digesa menghargai kemudahan disediakan kerajaan dan tidak menyalahgunakannya.
Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu harus dihentikan kerana tidak mendatangkan faedah dan merugikan pihak berkaitan.
“Kalau orang ramai ada maklumat mengenai kegiatan berkenaan, mereka boleh berhubung dengan MPKK dan menyalurkannya kepada kami,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Media, semalam.
Kata beliau, orang awam boleh mengadukan masalah di kawasan mereka kepada MPKK kerana pihaknya mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada setiap Selasa.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan isu solat menghadap tandas, beliau menjelaskan tempat untuk bersolat memang disediakan di atas pentas Arena Kuala Kangsar.
Katanya, paip air juga disediakan bagi memudahkan pengunjung dan peniaga di kawasan itu mengambil wuduk.
“Kita akan bina surau baru berdekatan kawasan itu dalam masa terdekat dan memang sudah lama kami rancang untuk bina surau baru di kawasan tersebut,” jelasnya
(kredit to Sinar Harian 21/8/2013)
OHHHH Duit
Pada 16 ogos lepas bertempat di Rumah Rehat Kuala Kangsar telah berlangsung majlis serahan Duit bantuan Majlis rumah terbuka Kepada setiap ketua kampung Di dalam daerah Kuala Kangsar.Melibatkan semua ketua kampung bagi Dun Bukit Chandan dan Manong.Hadir sama pada majlis tersebut adalah ahli parlimen Kuala Kangsar Dato Wan Khair-il Anuar,Adun Bukit Chandan YB Maslin Sham Razman dan Adun Manong YB Mohd Kamil Dato' Shafie.
Ketika majlis berlangsung.Dewan penuh dengan Ketua-ketua kampung Dun Bukit Chandan dan Manong.
Thursday, 15 August 2013
YBU Healthcare & Nutrition
Berkesempatan melawat YBU Healthcare & Nutrition. Gudang YBU Healthcare & Nutrition SDN BHD (YBUNH) berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan juga pengedaran kotak makanan.Pada kesempatan lawatan tersebut, berpeluang melihat proses pembungkusan kotak makanan raya untuk disalurkan ke seluruh negeri Perak.
Friday, 2 August 2013
Mesyuarat Majlis Perundingan Belia
Aktiviti turun padang pertama adalah menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Belia Parlimen Kuala Kangsar.Majlis ini telah dilaksanakan di Perak Riverside Resort,Kuala Kangsar.Pada mesyuarat ini saya telah diamanahkan untuk mewakili YB Maslin Sham bersama dengan pegawai Khas Beliau.Majlis bermula kira-kira jam 3.00 petang dan turut dihadiri oleh YB DUN Manong dan YB DUN Lubuk Merbau.Antara intipati mesyuarat ini adalah untuk membawa aspirasi dan harapan para belia di Kuala Kangsar.
Subscribe to:
Posts (Atom)